TAHNIAH PERUBAHAN! Hairul Azreen Gembira Hanis Zalikha Kini Berhijab Sepenuhnya..






Nampaknya seorang lagi selebriti terkenal industri hiburan kita telah mengambil langkah untuk berhijab sepenuhnya. Dan selebriti itu tidak lain dan tidak bukan ialah aktres jelita Hanis Zalikha.

Tahniah dan perkara gembira ini telah diumumkan oleh kekasih kepada Hanis Zalikha sendiri iaitu Hairul Azreen yang membuat pengumuman itu laman sosial Instagram miliknya pada petang semalam.



Malah Hanis sendiri turut mengesahkan yang dia sendiri telah berhijab menerusi akaun Instagram miliknya pada awal pagi ini.



Tahniah kepada Hanis yang memilih langkah terbaik ini dan pada masa yang sama sedang berkira-kira dan memilih tarikh yang sesuai untuk bertunang dan melangsungkan perkahwinannya bersama Hairul Azreen.

Sesungguhnya ini satu langkah yang seharusnya dipuji. Bolehlah ia dianggap sebagai persediaan untuk melangkah ke alam rumahtangga buat mereka berdua.






















Contact Form

Name

Email *

Message *