GEMPAR! Tunku Hanis Bergaduh Sakan Dengan Liza Abdullah Di Set...



Sejak semalam sebuah blog hiburan telah menyiarkan beberapa keping foto pelakon Tunku Hanis dan Liza Abdullah kelihatan sedang bergaduh di set sehingga perlu diredakan ramai orang disekelilingnya.

Blog tersebut mendakwa dua pelakon wanita ini sedang bergaduh sakan di sebuah set penggambaran namun tidak pula menjelaskan sebab mengapa pergaduhan itu tercetus.

Demi mendapatkan kesahihan mengenai isu tersebut,murai.com.my mendapatkan Tunku Hanis untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

“Saya terkejut bagaimana foto itu telah tersebar, sedangkan ianya merupakan babak yang kami lakonkan dalam sebuah drama.

“Bukan sahaja terkejut malah saya rasa kelakar pula sebab saya dan Kak Liza memang sangat baik dan memang ketika itu saya suruh Kak Liza berlakon seperti kami bergaduh betul.

“Tapi tak mungkin saya nak bergaduh betul dengan Kak Liza, saya hormat dirinya sebagai seorang pelakon hebat dan senior.Malah kami memang tidak pernah ada masalah,”katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Selain itu, Tunku Hanis berharap peminat-peminatnya tidak tertipu dengan penulisan blog hiburan itu.

“Sebenarnya saya malas nak layan perkara ini kerana memang ianya tidak benar. Saya harap peminat tidak tertipu dan saya tahu mereka lebih mengetahui,” luahnya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Tunku Hanis yang kini merupakan pelajar separuh masa jurusan Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu kini baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri Suamiku Encik Sotong.

Contact Form

Name

Email *

Message *