Ke Sana-Sini Berkepit Macam Belangkas Je .. Izreen Azminda dan Fahrin hangat bercinta?




BAGI yang mengikuti perkembangan Izreen Azminda, mesti perasan aktres jelita itu sering memuatnaik aksi-aksi mesranya bersama Fahrin Ahmad.

Terbaharu, muncul pula desas-desus menyatakan Izreen kini sedang hangat menjalinkan cinta lokasi bersama aktor berbadan sado itu.

Menerusi laman Instagram Izreen, masing-masing nampak begitu mesra dan akrab hingga membuatkan ramai tertanya-tanya tentang hubungan yang terjalin antara mereka.

Tak percaya? Mari lihat gambar-gambar Izreen dan Fahrin ini…
v











Kalau korang nak tahu, Izreen dan Fahrin kini sedang bekerjasama menjayakan drama Eksperimen Cinta yang dijangka bersiaran Mei depan.

Maka, tidak hairanlah mereka boleh mesra dan nampak begitu serasi bersama kan?

Anehnya, beberapa bulan lalu Izreen pernah mencetuskan kontroversi dengan memuat naik gambarnya bersandar di bahu seorang jejaka berbadan sado tanpa menberitahu namanya.

Ermm… kalau difikir-fikirkan Fahrin Ahmadkah itu?

Tapi, ibu tunggal kepada Adrian Umar ini sempat menafikan gosip yang sedang bertiup kencang mengaitkan dirinya bersama Fahrin.

“Tak adalah. Mana ada bercinta. Sekadar kawan seperjuangan. Dia rakan kerja dan pelakon senior yang bagus. Memang kawan sahajalah,” kata Izreen.

Apa pun, hanya Izreen dan Fahrin sendiri yang mengetahui isi hati masing-masing.

Contact Form

Name

Email *

Message *