Cara berpakaian tidak menggambarkan peribadi seseorang itu," Itu kenyataan pengacara dan personaliti TV Popular, Nadia Shahrul, 31, di laman sosial Instagram miliknya.
Gambar pengcara ini mendapat beberapa komen negatif dari follower ini kerana memakai pakaian yang tidak bersesuaian dengan agama yang dianuti.
Apa yang mencuri tumpuan ialah, pemakaian bekas pengacara Wanita Hari Ini (WHI) yag kelihatan agak seksi iaitu memakai baju mandi ;0ne piece' sambil mengenakan kemeja putih lutsinar yang jelas kelihatan susuk tubuhnya.
Pada gambar tersebut, Nadia yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya pada keesokan harinya, menulis kapsyen:
Untuk menjadi seorang yang baik tidak hanya bersandarkan pada agama, warna kulit, status, bangsa, pandangan politik mahupun cara seseorang itu berpakaian.
Sebaliknya, terletak pada hati seseorang itu dan cara bagaimana sikap individu itu sendiri apabila berdepan dengan orang lain.
Statusnya yang dimuat naik itu menapat pelagai reaksi daripada pengikutnya, ada yang memuji kecantikan Nadia yang juga merupakan anak kepada pengasas kosmetik ini dan ada yang memberi kritikan pedas.