Foto tersebut menunjukkan Ammar berdiri di tengah-tengah kota London dan menayang tubuh badannya yang sasa tanpa memakai baju nyata telah mengundang beberapa komen. Ada yang memuji badan sado beliau dan ada yang kurang bersetuju dengan tindakan beliau itu.
Meskipun ia mungkin menjadi inspirasi buat remaja diluar sana untuk mendapatkan bentuk badan sebegitu, tetapi ia agak tidak kena untuk Ammar bergambar di negara orang seperti itu.
Kami pun tidak mahu komen berlebihan, mungkin beliau bangga mempunyai badan sado seperti itu.
Walaubagaimanapun, hanya pengikut di Malaysia sahaja yang seakan teruja berlebihan kami rasa minah saleh dan mat saleh yang lalu lalang sebelah Ammar mesti rasa pelik serta tidak rasa apa-apa kerana banyak lagi jejaka di negara Barat yang badannya lebih tegap dan sado. Heh.