Kecundang Atas Ranjang – PENGALAMAN seks yang memuaskan adalah penting untuk menjalin hubungan yang erat dan intim antara suami isteri. Namun begitu, ramai di antara kita yang merasa was-was atau tidak selesa untuk membincangkan masalah seks dengan pasangan atau doktor, mungkin kerana kita rasa malu.
Masalah ini tidak akan lenyap begitu saja dan lebih lama anda menunggu untuk mendapatkan nasihat profesional, semakin tergugat hubungan intim antara anda dan isteri. Sebenarnya anda tidak harus khuatir kerana kebanyakan masalah seks boleh dirawat.
Menurut pakar sosiologi University of Chicago, Edward Laumann, penyelidik utama dalam kajian seks menyeluruh di Amerika Syarikat (AS), seramai 31 peratus lelaki dan 43 peratus wanita mengalami suatu bentuk disfungsi seks ketika berada di ranjang.
Satu masalah khusus yang dialami sehingga 20 peratus hingga 30 peratus lelaki Asia pada suatu peringkat kehidupan mereka ialah ejakulasi pramatang (PE). Ia ditakrifkan oleh beberapa pertubuhan antarabangsa utamai sebagai:
Ejakulasi berulang atau berterusan yang berlaku dengan sedikit rangsangan sama ada sebelum, semasa atau sejurus selepas memasukkan zakar ke dalam vagina.
Kegagalan mengawal atau melengahkan ejakulasi
Menimbulkan kesan negatif terhadap lelaki seperti rasa resah atau terganggu
Ejakulasi pramatang ialah masalah perubatan umum yang dialami oleh semua lelaki di suatu peringkat dalam hidup mereka. Malah, disfungsi seks ini kurang dilaporkan, kerana lebih banyak perhatian diberikan kepada mati pucuk (ED). Justeru tidak hairanlah jika kaum lelaki keliru dengan kedua-duanya.Ejakulasi Pramatang tidak sama sekali seperti mati pucuk (ED)
Menurut kajian yang dikendalikan baru-baru ini, iaitu Tinjauan Penularan dan Sikap Terhadap Ejakulasi Pramatang di Asia Pasifik (AP PEPA) membabitkan lebih 5,000 lelaki heteroseksual, sehingga 35 peratus daripada responden mempunyai tanggapan salah bahawa PE dan ED adalah sama ketika di ranjang.
Sebahagian besar responden Malaysia percaya kedua-dua masalah boleh dirawat dengan ubat yang sama. Hakikatnya kedua-duanya tidak sama dan perlu dirawat dengan ubat yang berbeza!
Di Malaysia saja, 29 peratus daripada lelaki mungkin menghidap PE. Sebenarnya PE merujuk kepada ejakulasi terlalu cepat sedangkan ED merujuk kepada masalah tidak dapat mengekalkan ketegangan zakar. Kedua-duanya adalah keadaan berbeza dan kita tidak harus keliru dengannya!
PE sebenarnya masalah umum yang dialami oleh kebanyakan lelaki di suatu peringkat dalam kehidupan mereka. Ini berbeza dengan ED yang biasanya dialami oleh lelaki yang lebih tua. Sesetengah lelaki tidak sedar bahawa kehilangan ereksi atau ketegangan selepas ejakulasi adalah perkara biasa dan mungkin mengadu mengalami ED sedangkan masalah sebenar ialah PE.
Walaupun semua orang tahu cara untuk merawat ED ialah dengan mengambil pil biru, anda memang tidak boleh merawat PE dengan mengambil pil untuk rawatan ED dan mengharapkan keberkesanannya. Anda juga tersilap jika anda fikir PE akan hilang seiring dengan usia. Ini kerana ia mungkin kekal sepanjang hayat!
Sementara itu, PE, walaupun boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti masalah kelenjar tyroid atau prostatic inflamasi pada prostat dan urethra, juga disebabkan oleh faktor mental dan fizikal. Ini termasuk keabnormalan paras neurotransmitter dalam otak, keresahan atau kemurungan.
Selain itu, lelaki yang menghidap PE kemungkinan lebih besar melaporkan disfungsi lain seperti ED, kegagalan mencapai orgasma (kemuncak syahwat) dan nafsu seks yang rendah.
Berikut adalah jadual ringkas yang menyenaraikan perbezaan utama antara kedua-duanya:
Ejakulasi Pramatang
-Disfungsi Erektil
-Hubungan seks berakhir dengan pantas ketika di ranjang
-Masalah umum dan dialami lelaki di satu peringkat dalam kehidupan – tidak bergantung pada usia
-Kurang didiagnos, kurang dilaporkan
-Boleh dirawat dengan ubat PE, psikotherapi , kaunseling dan amalan tingkah laku.Disfungsi Erektil
-Tidak mampu mengekalkan ketegangan zakar
-Dialami kebanyakan lelaki lebih lanjut usia yang berumur lebih 45 tahun
-Profil tinggi, mendapat liputan lebih luas
-Banyak terapi yang sudah mantap, cth implan, supositori, ubat oral dan terapi suntikan.