SELEBRITI DAN KERABAT: TERKENANG FAUZIAH LATIFF, BEKAS SUAMI DAN ANAK-ANAK | Fauziah Latif atau Jee seorang artis yang amat popular suatu ketika dulu, dia cantik dan manis serta berbudi bahasa, dia jugak menang pelbagai anugerah, namun sehingga sekarang belum dapat gelaran yang sesuai untuk diri nya.
Sekarang ni terlalu senang artis dapat gelaran dato. Sesekali aku tertanya-tanya jugak macam mana tiba-tiba dapat gelaran dato tu ? Ye le rezeki masing-masing agaknya.
Masih kuingat lagi ketika Jee berkahwin dengan Syed Budriz gempar satu Malaya, almaklum le dia seorang keturunan diRaja, Hampir semua media bercerita mengenai perkahwinan yang berlaku pada tahun 1992 itu.
Johan Endot dan anak-anak nya bersama Jee
Ketika itu dia masih muda dan berada di puncak populariti, memang rasa tak puas hati bila dia berkahwin tapi apa boleh buat jodoh dah sampai.
Dia bercerai dan berkahwin dengan Johan Endot pada 19 Jun 1997. Dia juga seorang lelaki berada dan terkenal di kalangan ahli perniagaan.
Jee dapat dua orang anak dengan perkahwinan keduanya. Namun sebagai peminat hingga kini masih tertanya2 kenapa dia mesti berkahwin di London. Mungkin tu cara terbaik agaknya.
Masih terbayang-bayang lagi ketika Jee menang sebagai juara Pesta Pujaan Kingsway tahun 1989.
Bermula dari pesta itu dia terus berusaha dan menempah kejayaan dalam bidang seni dengan klasnya tersendiri.
Itu lah serba sedikit Kisah 8 kisah hidup selebriti dan kerabat antara dua darjat tunggu entry seterusnya untuk selebriti lain pula.