Hanez Suraya Minta Isteri Kekasih Hatinya Membuat Permohonan Maaf?



Demi menjaga maruah diri dan keluarganya, pelakon Hanez Suraya meminta agar isteri kepada kekasihnya Nurliyana Abd Manan untuk membuat permohonan maaf kepadanya atas tuduhan bahawa dia telah merampas suami kepada wanita tersebut.

Hanez mengemukakan permintaan tersebut itu dalam sidang media yang diadakan di One World Hotel, sebentar tadi.

"Tuduhan dan dakwaannya yang mengatakan saya penyebab kepada keretakan rumahtangganya tidak benar dan telah memalukan serta menjatuhkan maruah diri dan keluarga saya.

"Kenyataannya kepada pihak media agak melampau kerana saya dan suaminya berkenalan baru hanya 5 bulan yang lalu iaitu selepas dia memfailkan cerai di mahkamah pada Oktober lalu.

"Jadi, saya mahu dia memohon maaf secara terbuka terhadap tindakannya itu. Jika saya boleh membuat sidang media untuk menjelaskan semunya, saya rasa dia pun harus buat begitu," katanya dalam sidang media khas tergempar itu.

Dalam sidang media tersebut, Hanez Suraya hadir bersama peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman, manakala kekasihnya yang memperkenalkan diri sebagai Romie Razin Adilha juga turut hadir bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.

Terdahulu, Hanez mengakui bakal mengahwini seorang ahli perniagaan yang berusia 34 tahun itu selepas menjalinkan hubungan cinta sejak penghujung tahun lalu.

Namun tak lama kemudian timbul gosip yang mengatakan kekasihnya itu masih berstatus suami kepada seseorang. Kemudian Hanez menafikannya dan akui kekasihnya hanya seorang duda kepada dua orang anak.

Nurliyana yang tidak berpuas hati dengan kenyataan dan tindakan Hanez terus tampil kepada media akui masih sah isteri kepada kekasih Hanez dan menuduh rumahtangganya retak kerana pelakon itu.

Contact Form

Name

Email *

Message *