Apabila berkahwin kelak, pastinya Stacy akan memeluk agama Islam seperti yang kita semua sudah sedia maklum. Namun buat masa ini, Akim enggan memaksa kekasihnya itu. Malah Akim juga mengakui dirinya tidaklah pandai sangat dan tidak layak mengajar Stacy tentang Islam. Satu pengakuan yang sangat jujur. Kata Akim:-
Proses untuk memeluk agama Islam saya serahkan kepada Stacy kerana kalau hati dia telah dibuka, Insya-Allah dia dengan sendiri akan buat. Saya tidak letak sebarang tempoh atau paksaan untuk dia berbuat demikian. Biarlah datang dari hatinya sendiri.
Jujurnya saya bukanlah tahu sangat tentang agama tetapi jika dia tanya perkara tentang solat, Al-Quran dan perkara-perkara mudah yang lain saya akan jawab. Bukan tidak sudi untuk mengajarnya tetapi saya rasa tidak layak berbuat demikian dan sebaiknya dia belajar daripada ustaz atau ustazah
Admin setuju dengan tindakan Akim. Lebih baik Stacy pergi belajar dengan ustaz dan ustazah yang sudah tentu lebih berilmu dalam bab ini. Lagipun bab-bab belajar ini memang kena ada cikgu. Kalau belajar tanpa cikgu, silap gaya boleh sesat barat dibuatnya. Apa pun, semoga pintu hati Stacy terbuka untuk memeluk Islam sekaligus mempercepatkan majlis perkahwinan mereka. Sama-sama kita nantikan. Sumber Mstar Online.