Sejujurnya ini pandangan ikhlas aku,
Aku kenal siapa Sepah, dan Jep dan Mamat ini adalah rakan sekolahku. (Jep sila ingat aku andai ko terbaca ni)
Sememangnya Sepah dulu tiada lagi. Lawak Sepah kini tiada lagi.
Ye, aku mengaku perginya mamat pada mulanya ramai mengatakan Sepah tak terkesan kerana ramai menganggap mamat seolah-olah macam penumpang dalam Maharaja Lawak sebelum ini.
AKAN TETAPI....
Mamat kaya dengan idea lawak. Sepah dulu banyak bergantung kepada idea Mamat. Sebagai rakan sekolah, aku kenal Mamat, pandai mengolah cerita untuk dijadikan bahan lawak. Maklumlah Mamat ini loyar buruk sikit orangnya. Orang loyar buruk ni banyak idea, malangnya dari segi persembahan, Mamat tak pandai menggayakan ideanya kepada lawak berdasarkan lenggok badan dan mimik muka dan suara. Tetapi kat sini bukanlah aku nak kata Jep dan Shuib tak menyumbangkan idea sebelum ini.
Maka punch line di sini kelebihan ada pada Jep dan Mamat sebagai back up.
Kini Mamat takde, maka Jep dan Shuib terpaksa mengolah idea sendiri meskipun Mamat banyak dilanda kontroversi, tapi idea-idea Mamat tu PENTING bagi Sepah. Sayangnya ia tiada lagi.
Bagi Jep dan Mamat, tak salah untuk kalian bersatu semula. Sejujurnya kalian memerlukan antara satu sama lain. Buang yang keruh ambil yang jernih, ingat sikit persahabatan masa sekolah.. Di mana ada Jep, di situ ada Mamat.
Jangan lupa Warung Pak Khalid belakang sekolah tempat melepak lepas habis sekolah.
Jangan lupa bangsal tepi padang, tempat duduk waktu rehat.
Jangan lupa asal usul macam mana susahnya menghadiri ujibakat di Plaza Angsana. Mamat mengaku dia malu berpakaian perempuan di atas pentas ujibakat, tapi demi mencuba nasib digagahkan jua (luahan ni).
Aku juga tahu punca di sebalik perpecahan ini, namun bagiku ia hanya perkara yang rasanya bukannya takde jalan penyelesaian. Sebaliknya hanya satu perkara, buang ego masing-masing.
Dalam situasi ini, nak sebelah Jep tak boleh, nak sebelah Mamat tak boleh. Masing-masing takde salah tetapi ingat sikit korang dulu sama sama naik.
P/S: kadang-kadang bila tengok gambar kamu berdua zaman sekolah yang ada dalam simpananku, pelik jugak kenapa sekarang kamu berdua tak boleh kekalkan.
Tulisan ini hanya dari seorang kawan lama sentiasa menyokong dari belakang. Aku tak suka orang sekeliling mencemuh kerjaya baru kalian berdua, menggelarkan kalian berlagak, over atau sebagainya kerana aku kenal kamu berdua. Semasa menang Raja Lawak, Mamat ada berkata
"MAK...ORANG TAK DAPAT BAGI IJAZAH, TAPI DAPAT BAGI INI"
Aku mengaku aku menangis dengar ayat tu. Bila mengenangkan kembali cerita cerita zaman sekolah sehingga kamu berjaya. Pada aku, korang berdua adalah contoh pada rakan kita lain bahawa, tanpa kelulusan kita juga mampu ubah nasib.
Ikhlas dari sahabat sekolahmu
SMKSI KULAI 2002
Read