Pihak editorial portal Murai.com.my ingin mengucapkan tahniah kepada Tomok dan juga isterinya Ayu setelah selamat menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka pada pukul 1.34 petang tadi.
Dalam kenyataan yang dikongsi di Instagram dan Twitter rasminya itu turut memberitahu jantina bayi baru pasangan ini iaitu lelaki yang direkodkan seberat 3.33 kg ketika selamat dilahirkan di Labor Room, Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.
Keluarga bahagia yang dimiliki pasangan Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail dengan isteri Siti Rahayu Abbas pasti tambah ceria kerana Arrian Shah Akid kini bergelar abang kepada adiknya yang belum diumumkan nama itu.
Berita gembira itu telah dikongsi dan dimaklumkan oleh Tomok sendiri melalui akaun Twitter dan Instagram miliknya dan telah menerima ucapan tahniah daripada peminat setianya.
Pastinya ramai di antara followers Tomok tidak sabar menantikan apa pula keletah lucu dan comel anak kedua Tomok setelah kecomelan anak lelaki pertama Tomok, Arrianshah Akid sejak kecil lagi mendapat perhatian umum.