gambar hiasan
Bagi tujuan itu, Wei Chu, 25, sanggup mengangkat poster menawarkan teman wanitanya untuk disewa di luar Universiti Songjiang, di Shanghai.Mereka yang berminat boleh menyewa wanita itu, Xiao Ai, selama sehari dengan bayaran RM26 atau RM263 bagi tempoh selama sebulan.
Namun dia menetapkan Xiao Ai hanya disewa bagi tujuan makan malam atau teman untuk belajar sahaja dan aktiviti seks tidak dibenarkan.Dia mendakwa Xiao Ai bersetuju untuk mengambil bahagian dalam skim berkenaan dan mereka yang berminat boleh melihat biografi yang disediakan olehnya.
Kaedah `perniagaan’ yang dijalankan oleh Wei Chu ini merupakan satu langkah melampau untuk mendapatkan wang bagi membeli iPhone yang digunakan oleh sesetengah individu terdesak di dunia ini.Minggu lepas, seorang lelaki Arab Saudi telah meminta abang iparnya menyediakan iPhone 6 sebagai hantaran perkahwinannya.