Dua pasangan remaja bukan Islam dikesan menjadikan surau di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara, di sini, sebagai tempat memadu kasih sebelum perbuatan mereka terbongkar, petang semalam.
Menurut sumber, perbuatan pasangan terbabit yang berasmara di dalam rumah ibadat itu dikesan seorang penduduk yang mahu menunaikan solat Asar dan hairan apabila mendapati pintu surau berkunci dari dalam kira-kira jam 4.30 petang.
Katanya, sebaik menyedari pintu berkenaan berkunci, penduduk terbabit yang memegang kunci pendua surau itu cuba membuka menggunakan kunci itu, namun gagal kerana ia seperti ditahan seseorang dari dalam.
Menurutnya, penduduk terbabit kemudian memaklumkan kepada beberapa jemaah lain yang datang untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku.
“Kumpulan penduduk terbabit kemudian terdengar bunyi seseorang sedang keluar dari surau berkenaan melalui tingkap sebelum melarikan diri.
Apakah negeri yang diperintah oleh pakatan haram melahirkan warga bukan Islam yang begitu biadap sehingga mencemar kesucian tempat umat Islam beribadat?