9 Petua Untuk Mencantikkan Payudara Yang Wanita Perlu Tahu???






Payu dara adalah aset yang amat berharga kepada setiap kaum wanita. Ia merupakan lambang kewanitaan dan daya tarikan seksual. Memiliki payu dara yang cantik dan sihat adalah anugerah yang tak ternilai. Amat beruntung bagi mereka yang memilikinya. Bagi wanita yang menginginkan payu dara yang cantik, bolehlah mengamalkan beberapa petua ini.

Petua Untuk Mencantikkan Payu Dara

Pilihan 1: Panaskan dua sudu minyak sapi dengan menggunakan api yang kecil dan kemudian sejukkannya. Setelah itu, sapukan pada sekeliling payu dara dengan urutan secara perlahan-lahan selama 15 minit. Kemudian lap sehingga bersih menggunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air suam.

Pilihan 2: Tumbuk 10 ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekeliling payu dara dan jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.

Pilihan 3: Ambil beberapa helai daun turi, ramas dan ambil airnya. Air ini anda sapukan pada buah dada anda setiap kali selepas mandi.





Pilihan Petua Untuk Payudara Tegang dan Injal

Pilihan 1: Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu, ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali.

Pilihan 2: Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian,sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 25 minit. Amalkannya 3 kali seminggu.

Pilihan 3: Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.

Pilihan 4: Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam.

Pilihan 5:Sapukan minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.Kemudian daun sirih tersebut di layak atas api kecil. Apabila sudah layu, ramas daun sirih sehingga lumat dan sapukan pada sekeliling payu dara. Jangan terkena pada bahagian puting. Lakukan sehingga 3 hari berturut-turut. Payu dara anda akan kembali tegang.

Pilihan 6:
Anda juga boleh memilih urutan bagi mendapatkan payu dara yang diingini. Urutan dengan mengelilingi payudara dikatakan dapat mengurangkan rasa sakit dan denyutan apabila ia mengeras.

Pilihan 7:
Anda juga boleh lakukan senaman untuk payudara. Caranya mudah dan tidak mengambil masa yang lama, iaitu dengan menegakkan badan dan genggam kedua-dua tapak tangan. Tolak ke arah berlawanan dan lakukan selama 10 hingga 20 minit mengikut kemampuan.

Contact Form

Name

Email *

Message *