WANITA YANG SUNYI SERTA GERSANG SENANG TEWAS DENGAN AYAT CINTA KORBAN SEGALANYA !








Kuala Lumpur: Masalah kesunyian menyebabkan segelintir wanita muda menjadi mudah ‘terusik’ dengan ayat manis yang digunakan oleh kumpulan Militan Negara Islam (IS) untuk memancing mereka menerusi laman sosial seperti facebook.

Kesempatan itu digunakan kumpulan militan terbabit hingga menyebabkan wanita berkenaan akhirnya jatuh cinta sebelum nekad mahu bersama-sama berjuang bersama IS atas tiket jihad.

Mendedahkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, wanita muda yang kesunyian itu akan sentiasa meluangkan masa melayari laman sosial menyebabkan mereka lebih mudah terdedah dengan umpan IS.

Katanya, dengan alasan cinta menyebabkan wanita terbabit mengambil keputusan nekad hingga sanggup membeli tiket penerbangan untuk berjihad di sana.

“Mereka gunakan online, kadangkala anak kita di tengah malam berasa sunyi dia melayari Facebook, melihat laman sesawang yang memaparkan kegiatan militan ini. Dalam itu, perlu pula bagi pandangan dan kemudian berpanjangan ke dalam Facebook.

“Ketika itu tumbuh perasaan sayang seperti bertanya khabar, sihat atau tidak, jawabnya sihat, tetapi terasa berada di awangan, kekosongan, sendirian dalam kesunyian. Apabila sudah sampai ke situ, kemudian timbul pula ayat burung terbang berpasangan, ayam turun berkawan, pepohon nyior melambai, ombak menghempas pantai, akhirnya yang tumbuh adalah cinta.

“Apabila tumbuh cinta, sudah tidak boleh buat apa, demi perjuangan mereka yang suci dan kudus itu. Sebab itu kita melihat ia terpalit kepada gerakan militan ini,” katanya ketika berucap selepas merasmikan Seminar Kelestarian Keselamatan Negara dengan tema Cabaran Fahaman Radikal dan Ekstremisme Terhadap Keselamatan Negara di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha dan Pengarah INTAN Datuk Dr Mazlan Yusoff.

Seminar sehari yang dianjurkan dengan kerjasama JAKIM itu disertai 500 penjawat awam bagi memberi penjelasan komprehensif berhubung kefahaman radikal dan ekstrem serta memperbetulkan tanggapan mengenai konsep jihad sebenar dalam Islam.

Selain itu, Jamil Khir berkata, kerajaan juga bimbang dengan fahaman sama yang dibawa rakan pejuang militan IS itu yang sekali gus mengancam keselamatan negara.

“Antara yang kita bimbang adakah fahaman sama mungkin ada pada rakan mereka termasuk mereka yang menghulurkan dana walaupun tidak sama-sama berjuang di sana.

“Sebab itu, kita melakukan pendekatan untuk mengekang penularan fahaman radikal dan ekstrem ini. Saya maklumkan Kabinet melalui khutbah kita akan gunakan paling tidak, sebulan sekali isi kandungan yang menyentuh soal jihad supaya ianya betul dan difahami secara benar. Ini sudah dilaksanakan

“Namun, ia akan dilakukan dengan lebih kerap lagi supaya umat Islam faham mengenai erti jihad sebenar dalam Islam,” katanya.

Contact Form

Name

Email *

Message *