Terkini Sensasi - Akim Ahmad Akui Belum Bersedia Untuk Berkahwin Dengan Pasanganya!

Susulan kenyataan Stacy yang tidak meletakkan harapan tinggi terhadap perhubungan cinta, Akim menganggap perkara itu adalah normal kerana wanita pastinya tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai sesuatu jika tidak pasti dengan hal tersebut.
Hubungan kami masih lagi baik dan saya tahu mengenai kenyataan yang dibuatnya (Stacy). Biasalah perempuan, takkan nak cakap lebih-lebih tentang hal cinta yang belum pasti. Tak manis pula jadinya.
Sebagai manusia biasa, saya telah pun mendedahkan hubungan cinta antara kami sebelum ini. Dan jika dia beri kenyataan sebegitu, tidak salah. Memang kami belum sedia untuk berkahwin buat masa ini.
Sama seperti Stacy, Akim juga turut menjelaskan perbezaan agama bukanlah penghalang untuk mereka bercinta. Malah, baik keluarga Akim mahupun Stacy mereka merestui hubungan ini dan bersikap terbuka mengenainya.
Mungkin perkara itu (kahwin) perlu mengambil sedikit masa. Saya pun tak boleh nak cakap perkara ini lebih-lebih. Biarlah takdir jodoh menentukan.
Tetapi apabila isu agama timbul, ia agak sensitif untuk dibincangkan. Mungkin perkara itu (kahwin) perlu mengambil sedikit masa. Saya pun tak boleh nak cakap perkara ini lebih-lebih. Biarlah takdir jodoh menentukan.

Semua pasangan sedang bercinta pasti mahu mengakhiri hubungan mereka dengan perkahwinan, namun mereka harus bersedia untuk menempuh alam rumah tangga yang penuh dengan dugaan.

Contact Form

Name

Email *

Message *