“Mereka (selebriti) jangan ingat kerna populariti boleh terlepas. Saya tegaskan supaya mereka semua bertaubat dan hentikan kerja terkutuk itu jika tidak mereka akan diheret ke muka pengadilan,” katanya.
Tambah Roslee, kebanyakan mereka yang terlibat di dalam kegiatan ini dipercayai pendatang baru yang suam-suam kuku dalam dunia hiburan tapi mampu hidup mewah tanpa tawaran berterusan dalam bidang lakonan atau nyanyian.
Selain itu, menurut Roslee, melalui hasil risikan juga mendapati selebriti terbabit juga bukan sahaja menemani pelanggannya di pusat hiburan semata-mata malah ada juga yang dipercayai berakhir di ranjang selain menjelaskan bahawa aktiviti persundalan ini salah di sisi undang-undang.
sumber : Metro Ahad