Dalam kejadian jam 9 pagi Jumaat lalu, wanita berusia 20 tahun itu datang ke surau berkenaan berseorangan sambil membawa beg galas itu dan terus meletakkannya di satu sudut surau berkenaan.
Bagaimanapun perbuatannya itu disedari ahli kariah surau dan terus bertindak menghalangnya dan memeriksa kandungan beg itu.
Menurut sumber, sebaik lelaki itu membuka beg berkenaan dia terkejut apabila melihat di dalamnya ada bayi perempuan cukup sifat yang dibalut dengan kain dan plastik.
“Dia kemudian terus menghubungi pihak polis dan memaklumkan kejadian itu,” katanya.
Sumber itu berkata, polis yang tiba kemudian terus menahan wanita terbabit manakala bayi itu kini ditempatkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin ketika dihubungi mengesahkan suspek kini ditahan reman sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan.