Cukup Meriah - Tema Dibawa Wan Raja & Yaya Maembong Sungguh Tepat, "Tema Bangsawan"



Tema Bangsawan Pilihan Resepsi Wan Raja & Yaya Maembong | Sekalung tahniah diucapkan kepada pelakon filem ‘… Dalam Botol’, Wan Raja yang mengakhiri zaman bujangnya bersama kakakpelakon Emma Maembong, Yaya dalam majlis pernikahan yang diadakan pada 12 Disember lalu.

Majlis pernikahan tersebut telah berlangsung di Masjid Al-Redhuan, Hulu Klang.

Wan Raja dan Yaya selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Al-Redhuan, Hulu Klang.

Pengantin perempuan telah menerima mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran sebanyak RM 12,121.40 daripada pelakon tersebut.

Dalam pada itu, majlis resepsi yang diadakan pada Ahad lalu berlangsung meriah dengan menggunakan tema bangsawan Melayu. Malah, pengantin dan tetamu telah mengenakan persalinan tradisional bagi memeriahkan majlis itu.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan ini, semoga ikatan yang terjalin ini kekal hingga ke akhir hayat.



                     

                     

                    

                   

Contact Form

Name

Email *

Message *