Kantoi !! Anuar Zain Mengaku Meminati Dan Amat Menyukai Nora Danish





Jarang sekali kita dengar Anuar Zain bercerita soal hati dan perasaan. Setiap kali diajukan persoalan mengenai wanita pilihan, jawapan diterima cukup klise. Namun, pengakuan dibuat penyanyi popular ini semalam, mengejutkan media yang hadir.

Menerusi laporan BH Online, tanpa berselindung, Anuar, 42, mengakui meminati Nora Danish. Malah jika ditakdirkan dia bercinta dengan pelakon itu, dia tidak akan menolaknya.

“Memang Nora menepati cita rasa wanita idaman saya. Kalau ada teman wanita pun, saya akan cari seperti dia. Saya suka lihat wajahnya dan menyenangi karakternya yang feminin serta manja,” dedah penyanyi berkenaan.

Rahsia ini didedahkannya ketika menjawab pertanyaan media mengenai pemilihan Nora membintangi muzik video terbarunya itu. Walaupun meminati aktres putih melepak itu, tegas Anuar, mereka bersikap profesional ketika bekerja.

“Sampai saja di set, kami jalankan tugas masing-masing. Selepas selesai semua tugasan, kami balik rumah. Kami berbual pun mengenai kerja,” jelasnya sekali gus menepis dakwaan kononnya mereka beberapa kali keluar bersama selepas penggambaran berakhir.

Memandangkan status kedua-duanya solo, Anuar turut diusik pertanyaan tidakkah dia teringin menjalinkan hubungan dengan pelakon berdarah kacukan Melayu-Myanmar itu? Sambil tertawa Anuar menjelaskan, buat masa ini dia lebih selesa bersendirian. Dia juga lebih senang membiarkan hubungan dengan Nora kekal sebagai kawan. Menerusi klip video cukup menyentuh perasaan itu, Nora berlakon sebagai isteri Anuar. Ia turut menampilkan Datuk Rahim Razali.


Contact Form

Name

Email *

Message *