Panasss!!! Rita Rudaini Nak Kahwin Dengan Nicolas Cage Di Bangkok?



Tergelak besar Teruna bila terbaca kapsyen aktres Rita Rudaini ketika menjengah masuk ke laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Mana tidaknya, dalam foto yang dimuatnaik aktres itu ketika bergambar aktor terkenal Hollywood, Nicolas Cage, Rita tanpa segan silu meminta aktor itu menjaga dirinya dan anak-anak secara elok-elok kerana dia sanggup pergi sejauh Bangkok untuk berkahwin dengan Nicolas Cage.



Hahaha…. Tapi itu bukanlah Nicolas Cage yang sebenar, itu hanya patung lilin kepada aktor filem National Treasure itu yang dipamerkan di museum lilin terkenal di Bangkok, Madame Tussauds.

Lebih kelakar lagi, Rita turut berseloroh yang kali ini dia berkahwin di Bangkok, jauh sikit dari Sadao yang terletak di Songkhla di mana dia melangsungkan dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan pada Februari 2008.

Selain patung lilin Nicolas Cage, Madame Tussauds turut memuatkan puluhan lagi patung lilin selebriti-selebriti terkenal antarabangsa antaranya Brad Pitt, Angelina Jolie, Beyonce, Jackie Chan, Cristiano Ronaldo dan ramai lagi.

Wah… dapat promosi free nampaknya Madame Tussauds apabila Rita Rudaini memuatnaik beberapa gambar dia dan anak-anaknya, Rayyan dan Arjuna ketika bercuti di sana. Tambah menarik Rita turut meletakkan pelbagai kapsyen lucu pada setiap foto yang dimuatnaiknya bersama patung-patung lilin di sana.

Berikut adalah beberapa foto-foto yang diambil di Instagram Rita Rudaini bersama kapsyen lucunya.



Hai la Cik Rita Rudaini, tak serik-serik dengan footballer ke? Oopss...

























Contact Form

Name

Email *

Message *