Gempar,,Pelajar Perempuan Bertindak Luar Batasan Gantung Diri!



Seorang remaja perempuan bertindak menggantung diri di kediaman keluarga yang terletak di sebuah tanah rancangan Felda disebabkan putus cinta....


Gadis berumur 14 tahun itu ditemui awal minggu lalu dalam keadaan tergantung di bilik tidur sekitar jam 12 tengah hari...


Salah seorang ahli keluarga gadis itu menyatakan bahawa teman lelaki mangsa menghubunginya pada jam 10.30 pagi untuk memutuskan perhubungan mereka...


Remaja lelaki itu kemudiannya bertindak menghubungi mangsa buat kali kedua beberapa jam kemudian sebelum panggilannya dijawab ahli keluarga mangsa yang memberitahu bahawa gadis berkenaan telah membunuh diri...


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya Mansor Othman, Pengerusi Majlis Belia Felda Negeri Johor, Nanndzri Nasib serta pengetua sekolah mangsa turut hadir menziarahi jenazah mangsa yang dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT)...


Pihak polis telah mengesahkan kejadian terbabit namun enggan mengulas dengan lebih lanjut kerana kes masih dalam siasatan...

Contact Form

Name

Email *

Message *