Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan cerita gosip artis sensasi iaitu Fida Ibrahim telah menyebabkan pengarah berbakat Shuhaimi Lua mengamuk kerana lari atau hilangkan diri tidak menghabiskan babak-babak yang hampir siap dalam telemovie sempena Hari Raya Korban tahun ini. Dengar kata Fida Ibrahim kecewa dan fobia masuk hutan kerana faktor keselamatan. Terkejut jugaklah sebelum ini banyak artis masuk hutan sehingga pedalaman pun tidak seriuh Fida Ibrahim. Macam manalah Fida Ibrahim boleh tidak mahu berlakon di kampung, hutan dan tempat-tempat seangkatan kerana tidak yakin dengan pihak krew bersama pengarah Shuhaimi Lua. Ke memang pihak krew mengabaikan kebajikan dan keselamatan para artis yang terlibat dalam telefilem tersebut? Rasanya jarang kes sebegini berlaku, mustahil pengarah Shuhaimi Lua cuba mempertaruhkan namanya kerana isu ini, mungkinkah ada isu lain disebaliknya? Ikuti penjelasan pihak Shuhaimi Lua dan Fida Ibrahim berkenaan dengan kes ini.
Fida Ibrahim Lari Enggan Berlakon
Pengarah Muda Shuhaimi Lua Terkejut Fida Ibrahim Hilangkan Diri
Kecoh baru-baru ini apabila pengarah muda (Gambar) Shuhaimi Lua dikatakan mengamuk di set penggambaran gara-gara tindakan seorang pelakon utama telefilem Kampungku Aidil Adha (akan ditayangkan pada 15 Oktober) yang menghilangkan diri sebelum sesi penggambaran selesai.
Malah, (Foto) Fida Ibrahim didakwa kerap merungut mengenai isu logistik sepanjang penggambaran selama lapan hari itu. Ekoran tidak puas hati, pelakon tersebut mengambil tindakan nekad meninggalkan set penggambaran tanpa sebarang penjelasan.
Kosmo! menemu bual pengarah Shuhaimi Lua yang meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pelakon tersebut.
Dalam pada itu, Fida turut memberikan respons terhadap tohmahan yang dilemparkan terhadapnya selain menyatakan tindakan lanjut yang akan diambil berhubung perkara terbabit. Ikuti temu bual berikut.
Pengarah Shuhaimi Lua Kecewa Sikap Fida Ibrahim
Shuhaimi Lua Luahkan Perasaan Isu Fida Ibrahim Lari Tinggalkan Set Penggambaran
Kosmo!: Apakah sebenarnya yang berlaku antara Shuhaimi dan Fida?
SHUHAIMI: Saya diberitahu oleh krew produksi bahawa Fida gagal menamatkan penggambaran seperti yang telah dijadualkan. Saya tiada sebarang masalah pun dengan mana-mana pelakon termasuk Fida sepanjang penggambaran lapan hari untuk telefilem itu. Akibat daripada tindakan Fida, jalan cerita terpaksa diubah memandangkan dia membawa watak utama. Jadi, saya masih menunggu penjelasan daripada pihaknya.
Mungkin anda juga ada dimaklumkan oleh krew produksi kenapakah Fida mengambil tindakan terbabit?
Ya, ada krew memaklumkan bahawa Fida tidak berkenan dengan dialog yang seperti memerli dirinya, tapi setahu saya sebelum dia memberikan kata putus untuk berlakon telefilem ini, dia sepatutnya sudah membaca dan memahami dialog terlebih awal dan bukannya melenting tidak tentu hala. Saya juga dimaklumkan bahawa Fida mempertikaikan kredibiliti saya sebagai seorang pengarah baharu.
Bagaimana pula dengan logistik pihak produksi yang dikatakan tidak memuaskan hati?
Sepanjang penggambaran di Baling, Kedah, saya tidak mendengar sebarang rungutan daripada Fida atau pun mana-mana artis lain berkenaan masalah logistik terutama hotel. Memandangkan lokasi penggambaran di kawasan kampung, sudah pasti hotel yang berdekatan pun bukannya hotel mewah.
Sepatutnya Fida boleh berbincang dengan saya masalah yang dihadapinya supaya saya boleh tolong selesaikan kerana apabila di set saya mempunyai kuasa untuk menentukan shot dan jadualnya. Bukannya hanya mengadu kepada pengurus peribadinya yang berada di Kuala Lumpur dan tidak tahu menahu apa yang berlaku.
Fida juga ada menulis di laman sosial Twitter bahawa jadual penggambaran yang kacau-bilau dan tidak menjaga kebajikannya. Komen anda?
Ada babak telefilem itu memerlukan kerjasama orang kampung seramai 500 orang untuk melaksanakan ibadah korban dua ekor lembu jadi mungkin jadual penggambaran tidak dapat diselarikan mengikut perancangan asal.
Apakah tindakan lanjut daripada pihak produksi?
Pihak pengurusan Fida ada menghubungi penerbit berkenaan urusan pembayaran dan konflik yang berlaku tapi saya tiada hak untuk masuk campur.
Fida Ibrahim Fobia Masuk Hutan
Penjelasan Fida Ibrahim Fobia Babak Masuk Hutan
Kosmo!: Fida dikatakan bersikap diva sepanjang penggambaran di Baling, Kedah baru-baru ini. Apakah komen anda?
FIDA: Saya tidak lari daripada set penggambaran, tapi sebenarnya lebih kepada fobia untuk babak terakhir kerana saya perlu masuk ke dalam hutan lagi. Saya bimbang akan keselamatan saya sebab krew produksi main redah saja masuk ke hutan yang baharu diterokai. Saya minta maaf, kebajikan untuk artis sangat teruk, saya tidak dibekalkan tempat pun untuk menukar baju dan mereka sepatutnya faham situasi saya sebagai perempuan.
Berkenaan kebajikan pula, saya diberikan sebuah bilik sempit yang perlu dikongsi bersama tiga lagi krew produksi. Saya akur.
Kenapakah sampai perlu meninggalkan set penggambaran, bukankah masalah seperti itu boleh dibawa berbincang?
Selagi perkara buruk tidak berlaku mungkin tiada pihak yang kisah, tapi saya perlu mengambil tindakan itu sebagai pedoman untuk artis-artis lain kerana artis pun ada hak. Saya memandang daripada sudut positif dan mengambil serius akan hal keselamatan saya. Saya harap produksi itu akan menjadikan perkara ini sebagai iktibar dan memperbaiki kelemahan agar lebih bagus. Kata Fida Ibrahim yang kontroversi pakai baju ketat sehingga dikutuk peminat yang marah.
Apakah tindakan lanjut daripada pihak anda terhadap soal kebajikan yang terabai itu?
Saya telah membuat aduan kepada Seniman dan saya menyerahkan tindakan lanjut kepada pihak tersebut.
Sudikah anda berjumpa atau mungkin selepas ini bekerjasama lagi dengan produksi terbabit?
Saya tidak kisah asalkan mereka profesional tapi saya tidak mahu perkara berulang. Shah (pengurus peribadi) pun sudah berbincang dengan mereka dan kalau ada perubahan positif saya tiada masalah cuma mungkin fobia itu masih ada. Takut juga selepas tamat penggambaran saya pula yang jatuh sakit. - Kosmo!
Fida Ibrahim Kena Saman dan Sekat Bayaran Jika Tidak Mohon Maaf
Pengarah Mahu Saman, Sekat Bayaran Fida Ibrahim Jika Tidak Mohon Maaf
Dikemaskini 1 Oktober 2013: Konflik di antara produser drama Kampungku dan Aidiladha iaitu Hazmimi Johar dengan Fida Ibrahim masih belum reda apabila penerbit itu menuntut pelakon berkenaan memohon maaf jika ingin masalah yang berlaku dapat diselesaikan.
Hazmimi yang juga Presiden Persatuan Pertubuhan Kebajikan Artis-Artis Pelapis (PERKAP) berkata, sekiranya pelakon itu tidak berbuat demikian, pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah selain akan menyekat baki 50 peratus bayaran lakonannya.
"Pihak kami memberikan tempoh kepada Fida untuk membuat permohonan maaf. Tidak kisahlah dengan cara apa sekali pun, bertulis mahupun dalam bentuk lisan.
"Jika tiada respons atau dia enggan berbuat demikian, kami akan mengambil tindakan undang-undang dan menahan baki wang gajinya," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
Wartawan pada Khamis lalu melaporkan penerbit drama berkenaan kesal dengan sikap pelakon itu yang telah menimbulkan masalah termasuklah meninggalkan set penggambaran di Baling, Kedah pada 22 September lalu.
Barisan Pelakon Telefilem Kampungku dan Aidiladha
Fida Ibrahim Tidak Suka Babak Sindir Tentang Dirinya
Pelakon itu berbuat demikian gara-gara tidak berpuas hati dengan adegan akhir telefilem berkenaan apabila terdapat skrip yang dikatakan cuba menyindirnya selain kegagalan pihak produksi memastikan aspek keselamatan ketika penggambaran di hutan.
Kontroversi yang berlaku itu menyebabkan Fida membuat laporan kepada Biro Pengaduan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi menjelaskan perkara sebenar.
Dalam pada itu Hazmimi berkata, pihak Seniman sudah berjumpa dengannya pada Ahad lalu yang turut disertai oleh pengarah Shuhaimi Lua Abdullah untuk mendapatkan gambaran mengenai kes berkenaan.
Katanya, persatuan tersebut mahu pihaknya dan Fida menyelesaikan masalah berkenaan dengan baik tanpa melibatkan saman-menyaman.
"Saya telah berjumpa dengan pihak Seniman dan mereka mahu kami menyelesaikan masalah dengan cara baik. Sebab itu kami beri tempoh masa pada Fida untuk memohon maaf kepada kami.
"Lebih-lebih lagi banyak fakta yang tidak benar dia nyatakan kepada pihak media dan ia tidak adil buat kami. Saya telah pun menunjukkan bukti-bukti kepada Seniman sebagai rujukan mengenai sikap Fida," tuturnya.
Telefilem Kampungku dan Aidiladha diterbitkan oleh Langkah Karya Sdn Bhd untuk siaran sempena Hari Raya Aidiladha di TV3.
Selain Fida, drama tersebut turut dilakonkan oleh Zalif Sidek, Razak Ahmad, Syafiq Kyle, Ameera Rusly dan Aidil Aziz. - Mstar.
PENGARAH MENGAMUK FIDA IBRAHIM LARI ENGGAN BERLAKON
ZALIF SIDEK BEKAS KEKASIH FIDA IBRAHIM YANG KONTROVERSI
+Mohd Rohaizad pasti pihak krew sudah sedaya-upaya cuba untuk memberi dan menjaga kebajikan para pelakon dengan sebaik mungkin. Isu kontroversi Fida Ibrahim melarikan diri dari melakukan babak akhir masuk hutan telah menyebabkan pengarah muda Shuhaimi Lua mengamuk kerana menganggu jadual perjalanan telefilem yang hampir sudah siap. Sikap tidak profesional kedua-dua sebenarnya yang membuatkan masalah ini berlaku. Shuhaimi Lua sendiri menafikan tidak menerima aduan yang serius oleh Fida Ibrahim untuk duduk menyelesaikan kemelut di set penggambaran. Jika ini berterusan akan memburukkan nama Fida Ibrahim sendiri dan boleh mempengaruhi pihak pengurusan drama, filem untuk mengambilnya berlakon lagi. Apa dialog yang membuatkan Fida Ibrahim rasa seperti memerli dirinya? Betul ke Fida Ibrahim tidak suka berkongsi bilik dengan krew produksi? Ada ke hotel berbintang-bintang di Baling, Kedah? #FidaIbrahimLari
PENGARAH MENGAMUK FIDA IBRAHIM LARI ENGGAN BERLAKON