Patung beruang selalunya diminati oleh kanak kanak kecil dan harga jarang mencecah Rm1k ke atas. Tambahan pula, MEMILIKI patung beruang atau teddy bear merupakan impian bagi yang menyukai boneka berbulu tebal ini.
Tetapi siapa sangka harga satu patung beruang yang dikeluarkan oleh salah sebuah syarikat pembuat patung ini mampu menyamai harga sebuah kereta mewah?
Dibuat dari syarikat Steiff di Jerman, patung beruang yang berharga mencecah sehingga RM 298,124.24 itu merupakan jenis patung beruang pertama yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut.
Syarikat Steiff yang didakwa sebagai kilang pengeluar patung beruang pertama itu mengeluarkan patung tersebut bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-125.
Menurut sumber dari portal luar negara, patung beruang tersebut diperbuat daripada benang emas, manakala mulut patung itu diperbuat daripada emas tulen.
Manakala matanya pula dihias dengan permata.
Menurut syarikat tersebut, patung tersebut dikeluarkan dalam kuantiti yang sedikit berikutan harganya yang terlalu mahal dan tidak ramai mampu membelinya.