Jika diamati kata-kata Abby Abadi di laman Instagramnya, pasti ramai yang bersetuju bahawa dia seolah memberi pembayang bahawa hari bahagianya semakin hampir. Malah ada peminat yang memberi komen di situ mendakwa Abby akan berkahwin pada Februari ini.
"Akak congrats! Jgn lupa jemput nana tau! Hehehe so sweet nana dgr tadi dlm radio kata bulan feb ni betul ke akk :) kalo betul alhmdulillah ! Love u akk :) U deserved ustat hehehe!" tulis peminat itu.
Jika benar gosip dan pembayang ini, pastinya jejaka yang bakal menggantikan tempat Farhan ialah seorang Ustaz bernama Khairul Azli. Ini kerana, Ustaz tersebut kini merupakan seorang sahabat yang mendapat tempat istimewa dihati Abby.
Paling menyakinkan, Abby juga berkongsi gambar hantaran yang ingin dipinjamnya untuk dua hari. Walaupun ia seakan berseloroh, namun bagi segelintir pihak, ia satu pembayang yang amat ketara.
"Buat Ayah Lama & Baru #Part2 13| Ayuh wahai ayah-ayah semua, Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin," demikian tulis Abby lagi tanpa sembunyi.
Sekiranya betul bakal berkahwin... tahniah diucapkan!