PANAS !!! Lelaki Mengamuk Putuskan Hubungan Hanya Kerana Kekasih Tak ‘Bermekap’





Gara-gara tidak bersolek, seorang lelaki tergamak memutuskan hubungan cinta dengan wanita yang dikasihinya didepan khalayak ramai.

Difahamkan, pasangan kekasih itu bergaduh di stesen kereta api bawah tanah sebelum lelaki berkenaan memutuskan hubungan dan meninggalkan wanita itu dalam keadaan menangis.

Menurut saksi, lelaki berkenaan berang kerana teman wanitanya tidak menggunakan alat solek berdasarkan dialog pertengkaran di antara mereka.

"Adakah saya memalukan kamu? Jadi kamu memutuskan hubungan hanya kerana saya tidak memakai 'make up'?" jerit wanita berkenaan.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak menjawab dan terus meninggalkan wanita itu dalam keadaan menangis tanpa menghiraukan perasaannya.

Wanita itu kemudian dilihat bercangkung dan menangis di sebelah sejambak bunga dan menimbulkan spekulasi netizen China yang berpendapat kejadian itu mungkin hanya sekadar satu lakonan.

Contact Form

Name

Email *

Message *