Kesian ! Akibat Ditahan JPJ, Persandingan Ditangguhkan...




Akibat lampu brek ketiga kereta tidak berfungsi, seorang pengantin baru menangguhkan majlis persandingannya beberapa jam apabila ditahan dalam sekatan jalan di Kilometer 100, Jalan Kuantan-Segamat, Muadzam Shah dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 11 pagi ketika lelaki berusia 20 tahun itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju Segamat, Johor, untuk majlis persandingannya sebelum ditahan dalam sekatan jalan untuk pemeriksaan.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, pemeriksaan terhadap Produa Myvi dipandu lelaki itu mendapati lampu brek ketiga tidak berfungsi.

“Polis mengeluarkan saman terhadap lelaki itu kerana mengabaikan keselamatan dengan membiarkan lampu brek ketiga tidak berfungsi kerana boleh menyebabkan pengguna lain keliru.“Walaupun kesalahan itu nampak remeh, tetapi turut menyumbang kepada kemalangan apabila pengguna lain tidak menyedari kenderaan berkenaan berhenti tiba-tiba,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Contact Form

Name

Email *

Message *