Isu Melarikan Buku Cek - Vanidah Imran Terus Berdiam Diri Pasal Isu Tersebut?



Pelakon Vanidah Imran, 36, enggan mengulas lanjut ekoran dilucutkan jawatannya sebagai bendahari Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) selepas timbulnya konflik sejak beberapa bulan lalu sekaligus pelakon teater Baik Punya Cilok ini didakwa melarikan buku cek persatuan tersebut.
"Belum tiba masanya lagi untuk saya beri apa-apa kenyataan.
"Kita tengok apa akan jadi nanti tetapi buat masa ini saya tidak boleh komen," katanya ringkas ketika ditemui pada sidang media teater Baik Punya Cilok di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi.
Terdahulu, konflik yang berlaku dalam ahli jawantankuasa (AJK) SENIMAN bermula apabila Vanidah didakwa melarikan buku cek persatuan itu dan tidak memberi kerjasama kepada persatuan ketika diminta mengeluarkan wang untuk menjalankan operasi serta membayar gaji pekerja.
Perbuatan Vanidah itu memaksa presidennya, Zed Zaidi membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati pada 19 Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, Vanidah mendapat sokongan daripada enam AJK baharu iaitu Rashidi Ishak (Pengerusi Biro Sukan & Sosial), Datin Sofia Jane (Pengerusi Biro Pelakon), Khir Rahman (Pengerusi Biro Pendidikan Seni & Latihan), Arash Mohd (Pengerusi Biro Pemantauan & Penguatkuasaan), Sharifah Amani (Ketua Biro Seniman Muda) dan Lisa Surihani (Pengerusi Biro Sukarelawan & Penajaan) yang mengeluarkan kenyataan media mempertahankan tindakan Vanidah menyimpan buku cek itu.
Tak Tahan Gelak
Sementara itu mengenai penglibatannya dalam teater Baik Punya Cilok, Vanidah menyatakan dia berasa seronok kerana berpeluang bekerja dengan barisan pelakon lain yang memang dalam kalangan rakan-rakannya.
Meskipun wataknya kecil tetapi dia tetap memberikan komitmen sepenuhnya supaya karakternya dapat diingati penonton.
Namun, dia juga berdepan cabaran menahan diri daripada tergelak memandang pelakon lain.
"Sewaktu Afdlin menawarkan saya untuk berlakon dalam teater ini, saya terus setuju.
"Saya seronok dapat kerja dengan kawan-kawan saya. Sungguhpun bekerja dengan kawan-kawan tetapi saya tetap harus komited dan berikan yang terbaik

"Walaupun watak saya kecil tapi saya ingat pesan Afdlin mengatakan semakin kecil sesuatu watak itu sebenarnya semakin susah sebenarnya.
"Sebagai pelakon kita kena jujur dengan karakter yang kita bawa dan apa yang penting kita perlu buat orang ingat pada watak dan kemunculan kita.
"Tapi sebenarnya tadi ada babak yang saya tak mampu tahan gelak sebab gelagat Awie comel sangat.
"Malam ini saja saya tak tahan gelak. Insha Allah, esok dan persembahan seterusnya saya akan cuba tahan daripada tergelak," katanya yang memegang watak anggota polis.
Pementasan teater Baik Punya Cilok arahan Afdlin turut dijayakan pelakon hebat lain seperti Datuk AC Mizal, Awie, Hans Isaac, Chelsia Ng, Reizman Khuzaimi dan ramai lagi.
Menyelitkan segmen muzikal selain elemen komedi, Baik Punya Cilok mengisahkan empat sahabat, Aben, Bob, Jerry dan Wak berpakat merompak seorang tauke kedai pajak, Tauke Wong untuk mendapatkan kembali kerongsang nenek Wak yang telah dipajakkan ketika Wak mahu mengahwini Nazatul
Teater terbitan Tall Order Production Sdn Bhn ini telah mula dipentaskan sejak 25 April lalu sehingga 1 Mei ini di Panggung Sari Istana Budaya.

Contact Form

Name

Email *

Message *