PADAH !! Inilah Akibatnya Jika Wanita Sering Dan Suka Memakai Seluar Ketat-Ketat






Tidak dinafikan, banyak orang menyukai gaya sesuai mode terkini dan digilai banyak, lebih-lebih lagi remaja. Mereka sering menukar penampilan sesuai zaman. Remaja lelaki khususnya gemar memakai seluar 'skinny' dan mengikuti mode yang disukai wanita itu.

Apa yang paling menarik adalah seluar 'skinny' itu terbukti menjadi kegilaan ramai selain meraih populariti dalam kalangan remaja Malaysia. Pemakaian seluar jenis ini sebenarnya bertujuan untuk kelihatan lebih bergaya, namun ada remaja memakainya untuk kelihatan lebih kurus dari saiz badan sebenarnya. Biasanya seluar dipakai itu ketat kononnya untuk kaki kelihatan kecil dan elok dipandang.

Banyak remaja menghadapi pelbagai kesulitan ketika memakai seluar yang terlalu ketat itu. Ada yang sampai melompat-lompat kerana saiz pinggang terlalu kecil. Walaupun begitu, ada saja yang taksub sehingga tidak memikirkan kesan buruk.

Hakikatnya, pakaian diciptakan bukan untuk memberikan bentuk atau saiz badan yang kita tidak miliki dan di situlah remaja menghadapi masalah. Banyak masalah kesihatan timbul akibat daripada pemakaian seluar yang terlalu ketat itu.

Masalah kesihatan

Berdasarkan kajian dari pakar bedah vaskular Dr Nicholas Morissey, pemakaian seluar 'skinny' yang ketat boleh membuat kaki anda rasa kebas pada paha atau lebih dikenali sebagai 'meralgia paresthetica'.Menurut Morissey, ada saraf deria datang dari pelvis yang bertindak memberikan sensasi ke bahagian paha anda.

Remaja yang memakai seluar 'skinny' yang ketat namun merasa kebas akibat dari pengecilan saraf pada paha itu. Ketika duduk, paha akan mengalami tekanan tinggi dan ketika berdiri, anda tidak akan dapat rasakan pergerakan kaki. Menurut Morissey, keadaan ini tidak berbahaya namun apabila ia kerap berulang, maka ia boleh menyebabkan keadaan kaki kejang itu abadi.

Ahli saraf, Dr John Michael Li berkata, remaja yang menderita sindrom seluar ketat biasanya akan rasa tidak selesa pada abdominal, mulas dan masalah sendawa ketika memakai seluar ketat itu.Biasanya seluar yang dipakai berukuran tiga inci yang terlalu kecil untuk saiz pinggang seseorang remaja.

Penasihat perubatan, Dr Orly Avitzur pula memberitahu bahawa makanan tidak akan dicerna apabila ada tekanan pada bahagian perut. Pemakaian seluar ketat ini boleh menyebabkan masalah lebih serius seperti makanan tidak dapat dicerna dengan baik dalam kalangan remaja yang menghadapi masalah mulas. Seluar yang terlalu ketat memburukkan keadaan itu.

Lelaki terutama harus berhati-hati dan mengambil berat dalam aspek pemakaian. Jika mereka tetap memilih seluar ketat sebagai pelengkap busana, risikonya sangat tinggi. Misalnya, remaja lelaki akan hadapi masalah kilasan testis di mana satu testis akan memainkan dengan sendirinya. Jika tidak dirawat, pintalan itu akan memotong peredaran darah dan seterusnya testis akan mati.

Selain itu, remaja lelaki juga akan mengalami lemah kawalan kencing dan jangkitan saluran kencing. Lebih buruk lagi apabila jumlah sperma menurun dan cendawan akan mudah merebak pada bahagian kelamin akibat dari pemakaian seluar yang ketat ini


Apa kata mereka

Yasmin Moktar, 21, pelajar swasta berkata, pemakaian seluar 'skinny' ini kelihatan moden dan bergaya selain kelihatan menarik.

"Apa yang saya dapat lihat adalah kebanyakan remaja sekarang membuat seluar ketat sebagai pilihan utama dalam pemakaian. Namun seluar yang dianggap fashion terbaru itu ada yang terlalu ketat sehingga boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

"Nak sarungkan seluar itu saja begitu sukar sehingga ada yang harus menarik seluar ke bahagian pusat berkali-kali kerana terlampau ketat dan lebih kecil dari saiz pinggang nyata. Bagi perempuan, mereka lebih suka penggayaan seluar ketat bersama kasut tumit tinggi.

"Tidakkah keterlaluan dalam aspek berpakaian sanggup menyakiti diri sendiri. Inikan pula seluar begitu ketat yang boleh menyakiti bahagian sendi dan otot di bahagian paha. Kalau nak diikutkan memanglah sendi rasa sakit dan kebas sebab seluar itu terlalu ketat dan menghalang udara masuk selain memberikan tekanan yang tinggi pada bahagian paha. "Katanya.

Menurutnya, fashion seluar ketat itu tidak terbatas pada remaja perempuan saja, tetapi juga pada orang lelaki.

Katanya, lelaki yang memakai seluar 'skinny' yang ketat ini agak keterlaluan dan boleh menunjukkan ciri feminin yang tidak bagus untuk imej mereka.

Bagi Ridzuan Azmi, 21, pelajar swasta berpendapat, fesyen seluar 'skinny' dalam kalangan lelaki ini tidaklah berbahaya jika saiz yang dipilih itu bertepatan dengan bentuk pinggang.

"Ada juga situasi di mana saya melihat remaja lelaki yang memakai seluar 'skinny' ketat untuk kelihatan kurus, padahal saiz badan tidak sesuai dengan fesyen itu. Bukan saja aneh tapi saya juga percaya pemakainya pasti mengalami kesakitan yang luar biasa terutama pada bahagian paha.

"Lihat saja remaja lelaki yang memakai seluar 'skinny' ketat kadangkala tidak menunjukkan gaya lelaki yang maskulin. Sudahlah ketat dan susah untuk sarung, pemakainya pun pasti mengalami masalah sendi dengan sering.

"Saya pernah dengar ada remaja lelaki yang mengalami masalah di bahagian kelamin akibat dari pemakaian seluar ketat ini. Mana tidaknya, seluar yang terlampau ketat boleh menyekat saluran udara dan menyakitkan alat sulit mereka," katanya.

Menurutnya, remaja lelaki perlu memilih seluar 'skinny' yang lebih longgar dan tidak terlalu ketat sehingga boleh membahayakan diri sendiri.

cara mengatasi

Yang paling penting, remaja perlu menitikberatkan kesihatan terlebih dulu sebelum memilih pakaian yang digemari. Tanpa motivasi dan pengetahuan umum mengenai masalah kesihatan yang mungkin terjadi, banyak remaja membeli pakaian membabi buta.

Bagi mereka yang menyukai seluar 'skinny' memanglah tidak salah memakai, namun perlu juga buat pilihan yang tepat. Bagi mereka yang mempunyai saiz badan besar disyorkan memakai seluar sesuai dengan saiz mereka. Kalau tidak ada saja masalah kesihatan timbul jika dibiarkan terus menerus.

Remaja lelaki khususnya harus mengenakan seluar 'skinny' yang longgar dan tidak ketat untuk melancarkan saluran udara dalam seluar untuk mengelakkan jangkitan dan sakit pada bahagian alat sulit.

Jika masalah kesihatan dialami berterusan, jangan ragu berunding dengan doktor untuk mendapatkan rawatan tepat agar kesakitan itu tidak membawa padah.

Contact Form

Name

Email *

Message *