Kecoh !!! 5 Gambar Bas Mewah Dipercayai Kepunyaan Shah Rukh Khan Yang Mencecah Jutaan Ringgit. Tersebar!



Pelakon kacak Bollywood, Shahrukh Khan, nampaknya menjadi salah satu selebriti yang kehidupannya sangat mewah. Bagaimana tidaknya, selain terkenal dan diminati, ia merupakan pelakon yang kini mempunyai harta yang banyak.

Tak hairan jika, pelakon kelahiran 2 November 1965 ini lalu mewujudkan segala keinginannya termasuk mempunyai sebuah rumah bergerak yang mahal




Dipetik Rediff, Shahrukh Khan dilaporkan mempunyai sebuah bas yang dilengkapi pelbagai kemudahan mewah seperti hotel bertaraf lima. Bas mewah sepanjang 14 meter itu dilaporkan diusahakan sepenuhnya oleh DC Design.

Bercakap spesifikasi, bas mewah ini hadir dengan banyak perabut terbaik yang terdapat di pelbagai bilik seperti bilik tidur, bilik mandi, bilik mesyuarat, serta ruang menonton televisyen. Lulusan S2 di sebuah universiti Islam itu nampaknya mempunyai citarasa yang sangat mewah jika melihat isi dalam bas tersebut.





Tak hanya bilik-bilik tetamu untuk menghabiskan masa di dalam bas, terdapat pula kelengkapan peralatan gym kecil jika mereka ingin bersenam.

Hebatnya, kerana bas ini dikatakan sering digunakan pemiliknya di lokasi penggambaran, DC Design kemudian menggunakan sistem hidrolik yang dapat memperluaskan saiz bas apabila berhenti dan boleh "menyusut" apabila berjalan.




DC Design juga dilengkapi pelbagai lampu eksentrik agar boleh dipilih Shahrukh Khan sesuai dengan suasana hatinya. Jika inin berada dalam suasana majlis, lampu akan berubah mengikut kemahuan pemiliknya, dan jika ingin bersantai lampu akan berubah menjadi menenangkan.




Namun sayang, laporan tak menyebutkan berapa banyak artis tenar India itu menghabiskan wangnya untuk memiliki bas tersebut. Tetapi yang pasti, harga bas ini tentu amat mahal sekali.

Contact Form

Name

Email *

Message *