Para penyelidik mendedahkan khabar tersebut adalah satu mitos. Namun sayangnya perkara ini sangat popular di kalangan masyarakat, sampai ada yang menyekat kegiatan hubungan seksnya. Ramai yang bimbang siraman AIR MANI ketika sanggama boleh membuatnya gemuk kerana percaya air mani mengandungi kalori yang tinggi.
Padahal tidak ada alasan fisiologi yang boleh menjelaskan mengenai keadaan ini. Rata-rata 2-3 ml air mani yang dikeluarkan ketika ejakulasi dan kemungkinan hanya mengandungi sekitar 15 kalori.
Beberapa kajian memang menunjukkan ada penambahan berat badan selepas berkahwin baik pada laki-laki mahupun perempuan, tapi perkara ini tidak ada hubungannya dengan hubungan seks.
Perkara ini disebabkan oleh adanya keselesaan yang dirasakan seseorang dalam hubungan perkahwinan. Keselesaan ini cenderung membuat seseorang makan lebih banyak sehingga menyebabkan kenaikan berat badan.
Umumnya seorang perempuan akan mengalami proses semulajadi yang membuatnya bertambah berat badan dan sukar mengembalikan bentuk tubuhnya, iaitu ketika ia mengandung dan melahirkan.
Serta banyak perkara yang difikirkan oleh seseorang selama menempuh alam perkahwinan atau perempuan tidak lagi fokus memerhatikan berat badan dan cenderung acuh tak acuh dengan bentuk tubuhnya.
Untuk itu jika seseorang ingin mengelakkan naiknya berat badan selepas berkahwin bukan dengan mengurangkan kekerapan berhubungan seks, tapi menjaga pola makan yang sihat serta sukan secara teratur.