Jemma menghembuskan nafas terakhirnya beberapa minit selepas berciummm dengan teman lelakinya, Daniel Ross, 21.
Itu merupakan ciumannn pertama sekaligus menjadi ciumannn yang terakhir bagi gadis dari Treforest, Pontypridd, South Wales. Daniel menceritakan, pada malam itu ia mengantar Jemma pulang dari sebuah bar setelah makan malam berdua. "Kami berbual dan akhirnya berciumannn di lorong berhampiran pintu depan. Kami pergi ke dapur dan ruang tamu. Di sana, Jemma duduk di sofa," jelasnya seperti dipetik dari Daily Mail.
Sesaat setelah berciumannn, kelopak mata Jemma tiba-tiba terkulai, mulutnya berbuih, dan tubuhnya terjatuh ke lantai. "Kami tidak melakukan hubungan seksuallll. Kami hanya berjumpa beberapa kali dalam seminggu," jelas Daniel yang mengenali Jemma di kolej tiga bulan terakhir. Melihat Jemma dalam keadaan begitu, Daniel lantas menghubungi petugas perubatan. Ambulans datang, dan pasukan perubatan cuba menyelamatkan nyawa Jemma, namun tak dapat diselamatkan.
Jemma diagnosis keadaan jantung yang jarang berlaku, sindrom kematian mendadak dewasa (SADS). Bahkan,boleh menyerang saat penghidapnya sedang tidur. Sindrom ini membunuh sekurang-kurangnya 500 orang dewasa UK setiap tahun. Satu daripada 20 kes jantung yang jarang berlaku yang menyebabkan kematian mendadak tidak mempunyai penyebab jelas. Keadaan ini dipanggil sindrom kematian mendadak arrhythmic.
Ini terjadi akibat gangguan irama jantung, yang lebih mempengaruhi fungsi elektrik pada organ, daripada gangguan struktur jantung itu sendiri. Itulah mengapa hanya dapat dikesan pada saat seseorang hidup, bukan setelah kematian. Kesalahan aliran elektrik pada jantung disebabkan oleh kecacatan pada DNA, yang boleh diwariskan. "Ibunya", Charlotte Garwood, berkata, Jemma adalah anak yang sangat cergas semasa hidup. Selain atlet hoki, Jenna juga seorang perenang jarak jauh. "Itu gambaran kesihatannya. Dan, hanya dalam satu minit ia diambil dari saya. Saya sangat merindukannya," jelas si ibu.