KISAH MONA FANDEY (MEMBUNUH DENGAN KEJAM) YANG KORANG SEMUA LOM TAHU?





Masih ingat pada Mona Fandey?



Seorang bomoh yang sangat terkenal dengan ilmu hitam?Tengok muka dia pon dah boleh nightmare kan?Aku pernah pergi ke rumah yang dikatakan rumah Mona fandey di Seksyen 12, Shah Alam. Tapi ada yang kata tu bukan rumah Mona Fandey,tetapi rumah orang india yang ditinggalkan dan kawan Seksyen 12 tu memang kawasan yang terawal di shah alam,design rumah banglo disitu pon,old fashion sangat.Ada istana di situ,istana yang telah ditinggalkan,agak besarlah jugak.Malam or Maghrib kawasan Seksyen 12 akan start sunyi.Ada jugak yang mengatakan ramai orang suka buang benda belaan di kawasan Seksyen 12 tu.


Berbalik kepada kes Mona Fandey.


Mona Fandey,38, Affandi,37 dan pembantunya Juraimi,24 didapati bersalah kerana telah membunuh ramai orang dan yang paling kejam,dia telah mengerat badan Allahyarham Dato' Mazlan kepada 18.Tapi aku dengar cerita,Mereka ada kerat mayat seorang perempuan,dan mayat tu dijumpai di rumah yang lain,yang tu aku tak sure.Mereka bertiga didapati bersalah dan menghadapi tuduhan membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam,Allahyarham Dato' Mazlan di sebuah rumah tanpa nombor di kampung peruas,Hulu Dong,raub di antara jam 11 malam 2 julai hingga 9.30 malam 13 julai 1993.Masa ni umur aku baru masuk 3 tahun.Di rumah tak bernombor itu juga,polis telah menjumpai anggota badan Allahyarham Dato' Mazlan yang telah dikerat 18.Kenapa Allahyarham menggunakan khidmat Mona Fandey?



Dipercayai Allahyarham telah lama kenal dengan Mona Fandey,dan Allahyarham menggunakan Mona fandey kerana ingin cepat kaya Gambar ni menunujukkan tongkat sakti dan songkok hikmat milik Affandi yang bernilai 2.5 juta hengget dan harus dipakai masa upacara spiritual,Affandi telah menjualnya kepada Allahyarham dengan cengkeram RM 500,000 dan Allahyarham juga telah menyerahkan geran tanahnya yang bernilai RM 2juta sebagai baki bayaran,Benda alah ni dikatakan boleh membuat Allahyarham menjadi menteri besar.Correct me if im wrong.kali terakhir Allahyarham dilihat adalah pada 2 julai 1992.Pada 18 Julai 1993,laporan telah dibuat oleh bekas ketua UMNO bahagian Raub,selepas Allahyarham tidak muncul di beberapa majlis.Mona Fandey dan suamninya ditangkap di Wangsa Maju pada 20 julai 1993,manakala pembantu Mona fandey,Juraimi ditangkap 3 hari selepas itu.Mona Fandey dengan laki dia lepas pergi karaoke kot masa tu.*huehue.Okay tak lawak.
Waktu perbicaraan ramai yang cakap "Mona makin lawa! Mona makin Lawa!".Mona Fandey seorang yang sangat suka bergaya.Kadang-kadang di waktu perbicaraan,pakaian Mona fandey terlalu seksi,nasib baik hakim tak kata apa-apa.Ada yang cakap Mona pakai pemanis pejadah haram semua,tapi mengikut fakta mahkamah,Mona fandey membuat beberapa pembedahan plastik di muka.Dr Wong,Doktor yang membedah muka Mona Fandey menyatakan yang Mona Fandey meminta untuk menjadikan wajahnya menjadi lebih muda dan cantik.Cantik ke Mona Fandey?Pada pandangan aku,seram.




Alat yang digunakan



Aku taknak cerita banyak pasal Mona Fandey sebab dalam entri aku yang lama pon aku dah cerita pasal Mona Fandey.Yang aku nak cerita sekarang ni,macam mana Mona Fandey,Affandi dan Juraimi memotong Allahyarham.Gambar di atas adalah bahagian badan Allahyarham yang telah diekerat 18.tertuduh pertama adalah pembantu Mona Fandey iaitu Juraimi,tertuduh kedua adalah Affandi,tertuduh ketiga adalah Mona Fandey.Juraimi mengaku telah menetak Allahyarham .Dalam kenyataan Juraimi. "saya tetak leher Dato Mazlan dengan kapak sebanyak tiga kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi."Juraimi mengaku lagi yang dia memotong sendi dan melapah kulit serta daging selepas mendapat arahan dari Affandi.Perlu diketahui bahawa juraimi adalah seorang pembantu yang setia,jujur dan amanah tapi lakhanat.Kemudia Juraimi masukkan Tulang dan daging ke dalam baisn dan curahkan ke dalam lubang stor yang telah digali seminggu lebih awal.Langkah terakhir yang dibuat Juraimi adalah menyimennya.Menurut Juraimi lagi kejadian itu telah dirancang oleh Mona Fandey dan Affandi di rumah milik Allahyarham di kampung peruas.Juraimi mengerat,menyelesaikan segalanya dalam masa setengah jam SAHAJA.

baju biru ialah Allahyarham


Juraimi

Affandi,suami Mona Fandey
Mula-Mula Allahyarham diminta oleh Mona Fandey untuk memakai kain sahaja seelum masuk ke bilik air.Affandi pula membawa dua biji bantal dan selimut dan sudah bersiap sedia di dalam bilik air tersebut.Kemudian,Allahyarham diarahkan untuk berbaring,dan Mona Fandey duduk di bahagian kepalanya sambil Mona Fandey meletakkan bunga di kepala Allahyarham.Ketika Allahyarham dalam keadaan macamtu,Affandi berkata kepada Allahyarham "Dato baring,nanti ada suara ghaib berkata,duit sebanyak ini akan jatuh".Orang kalau nak cepat kaya macam-macam sanggup buat,perbuatan syirik pon sanggup.Lepastu Affandi menutup mata mazlan dengan tangannya,kemudian Affandi memadam lampu dan menyalakan lilin dan berkata pada juraimi.JAP Sebelum tu nak bagitau Gondrong adalah nama samaran bagi Juraimi."Rong(Gondrong) tetak biar kena tepat,jangan salah tempat,kalau tidak,habislah".Kemudian Affandi beri isyarat tangan dan Juraimi menjalankan tugasnya untuk menetak segala bagai.

Nak tahu tak?Ala malula nak cerita,Tapi cerita jugak la eh,Buah zakar Allahyarham didapati hilang.Macam mana boleh hilang?entah.*Ala malula nak cerita.kahkah.Dr yang telah melakukan bedah siasat ke atas Allahyarham mengatakan yang bahagian betis kedua dua kiri dan kanan serta otot-otot lengan kanan Allahyarham hilang,lapisan dinding lemak pada abdomen pon hilang,hati,pundi hempedu,buah pinggang dan usus dalam proses pembusukkan.Badan Allahyarham telah ditetak kepada 18 bahagian iaitu bahagian kepala yang telah dipisahkan daripada leher.bahagian badan tercerai daripada kedua-dua tangan pada bahagian ketiak,serta kedua-dua kaki tercerai pada pangkal peha.Bahagian tangan kanan terpisah kepada tiga bahagian iaitu pergelangan tangan dan siku sementara tangan kiri pula terpisah kepada dua bahagian.Kaki kiri dan kanan jasad terputus kepada tiga bahagian iaitu pada peha,lutut dan buku lali.Ada yang cakap bahagian yang hilang tu dimakan oleh mereka.WallahualamSeram nehhh.
Saat pengebumian Mona fandey
Sebelum Mona Fandey dihukum gantung sampai mati,dia ada mengatakan "I'm very Happy now".

Affandi pulak cakap :ini keputusan mahkamah bukan keputusan Tuhan,saya cuma minta maaf to God.I'm not the one who do it,but the one who do it (sambil merujuk pada Juraimi)"

Nota terakhir dari Mona Fandey adalah "saya ingin mati bersama suamiku"

Eh panjang pulak cerita aku pasal dieorang ni kan.Okay2 aku just nak bagitau kat korang apa yang berlaku sebenarnya dekat Mona fandey.Okay haritu aku dan dua orang lagi kawan aku dah rancang nak ke Kampung peruas,Hulu Dong,Raub,tempat dimana Mona Fandey membunuh Allahyarham Dato'Mazlan.Kami bergerak daripada Kuala Lumpur dalam Jam 3 lebih nak ke 4.Maklumlah nak ke tempat orang,jauh pulak tu,kena awal sikit,takut sesat pulak kan.Kereta aku tu pulak dah lah comel,sopan santun pulak tu,tu yang kami gerak awal.Sungguh teruja aku nak kesana sebab memang dah rancang daripada dulu untuk menjejakkan kaki ke Kampung Peruas.




Setakat nak ke bentong,aku tahu.Tapi kalau dah nak masuk ke Raub,aku confuse,so aku tanyalah kakak tol.nampak sangat aku bukan anak pahang.Setelah sampai di bandar Raub,heh macam biasalah aku bukan tahu sangat pon bandar Raub ni,so terpaksalah aku berhenti dan tanya pakcik jual durian,tapi bukan aku yang tanya,rakan aku yang tanya dimana Hulu Dong,lama jugaklah dia tanya,pakcik tu cakap ikut laluan nak ke kuala lipis.Sampai ke simpang,aku confuse lagi.Nak ke Kuala Lipis,kiri ke kanan.HAHA.Aku hentam masuk kiri,tapi aku tak sedap hati.so aku berhenti lagi dan tanya abang dekat kedai makan,dia cakap kalau aku lalu sini sampai lusa pon tak sampai.HUHU.setakat ni,bila kami tanya jalan nak ke Hulu Dong,semua orang buat muka pelik.Muka dieorang macam "eh budak ni nak cari apa kat Hulu Dong".kalau sesiapa tanya sekalipon kami akan jawab nak ke rumah makcik aku.So aku terpaksa patah balik untuk menghala ke Kuala Lipis.Hulu Dong ni jauhlah jugak daripada pekan Raub,dalam 20 minit,kalau taktau jalan,maunya setengah jam.Kalau korang nak melawat Hulu Dong ni,daripada pekan raub,akan ada simpang kiri dan kanan,korang amik simpang kanan,lepastu terus je,sebelum sampai Hulu Dong,korang akan nampak kampung Gali,Kampung Durian sebatang,Lepastu korang terus je sampai puas hati,then korang akan nampak signboard nak ke Hulu Dong,maka ikutlah signboard tu,iaitu masuk ke kanan,lepas masuk ke kanan.dekat situ korang akan nampak balai polis dan kedai buku,korang akan naik bukit,ada simpang,masuk kanan.Huh.Penat taip direction.Macamlah korang nak pergi ye dak?


Masa aku sampai di Hulu Dong dalam jam 6 petang,sunyi semacam.Aku ada baca satu artikel,orang di Hulu Dong sendiri kata yang mereka tak berani nak lepaskan anak-anak mereka bermain diluar selepas kejadian Mona Fandey tu.Herm tapi aku tengok adalah jugak kanak-kanak main basikal,tapi tak ramai,Eh korang jangan salah sangka,aku tak sampai lagi di tempat kejadian iaitu Kampung peruas.Aku takut sesat,so aku berhenti untuk bertanya dengan makcik penjaga lembu,tapi dia tak bagi gambar dia dirakamkan.Aku terpaksa menyamar jadi student yang nak buat report tentang Mona Fandey,tapi makcik ni ingat aku wartawan.Dia cakap"jauh lagi adik. buat apa adik nak pergi sana?Dah nak gelap ni.Herm seramlah adik tempat tu,tapi makcik rasa tempat tu dah kena roboh,tempat tu dalam semak.Ishh seramlah makcik!.Adik terus je,lepas jambatan adik akan nampak pokok koko banyak,ha dekat situlah rumahnya!". Apsal la makcik ni potong semangat aku je,bulu roma aku dah naik dah ni!Aku tekad untuk teruskan perjalanan,dekat situ lampu jalan boleh dikira dengan jari,jalan sempit,maklumlah jalan kampung,di kanan aku ada sungai.


Aku masih tak sure dimana rumah Mona Fandey membunuh Allahyarham walaupun aku telah masuk kampung peruas,makcik tu cakap lepas jambatan,Terpaksa,aku bertanya lagi sekali dengan penduduk di Kampung Peruas,sebab aku dah ke hulu ke hilir mencari rumah tu.Kemudian aku menahan dua orang budak lelaki,*mesti dalam hati budak tu camni sesuka hati tahan,hape ko ingat ko polis.Aku terpaksa jugak bertanya dimana kes itu berlaku.Muka budak tu terus berubah.Berubah kepada muka yang pelik dan takut "Kak buat pe nak pergi sana?waktu camni?Hari dah nak gelap ni kak.Akak terus je nampak jambatan,lepastu akak terus je lagi nanti akak akan nampak"Herm akak,peringatan eh,tempat tu bahaya,jaga diri eh". Hadoi bulu roma aku sekali lagi meremang.Aku cari lagi dan ikut macam budak tu cakap.





Lepastu aku jumpa dengan Lata Jarum,tempat mandi disitu,aku bertanya lagi sekali kepada orang yang ada disitu,tapi rupanya dia bukan asal kampung peruas,tapi kelantan,kunci dia hilang masa tengah mandi,kesian pulak.Aku nak tolong tapi nak tolong macam mana.Nasib baik dia cakap anak sedara dia boleh datang amik.Lega hati aku.Ada sorang kakak tu cakap kalau nak tahu,tanya ketua kampung,nama ketua kampung peruas,Jamaludin Husin,Tapi masa aku pergi tu dia takde,yang ada hanya adik dia.Aku terpaksar sekali lagi menyamar sebagai student wartawan yang ingin membuat report dan bila ditanya kenapa nak buat waktu macam ni,waktu gelap aku cakap sebab nak amek view malam.Alasan yang boleh diterima.


Rumah penghulu
Adik penghulu ni terus berubah muka dan pelik sangat-sangat tambah muka takut dengan soalan yang sama dia tanya "buat apa nak pergi sana?" aku just cakap nak amek view malam dan nak buat report sambil tunjuk kad student aku.Aku mintak dia cerita apa yang telah jadi,tapi dia cakap dia taknak cakap apa-apa dan taknak komen or cerita apa-apa sekalipon,nama dia pon dia taknak bagitau,cara dia macam takut akan sesuatu.Aku nak amek gambar dia pon,dia tak bagi,Lepastu aku cakap takpelah bang,abang tunjuk jalan je eh.Dia cakap " ni semua atas tanggungjawab sendiri eh,tempat tu sangat bahaya dalam semak.Nanti adik terus je lepastu akan nampak dua rumah kosong,dan satu rumah mesra rakyat,lepastu rumah Makcik,sebelah rumah Makcik tu,kes Mona fandey tu berlaku.Rumah tu sebelum lubuk semak.tanggungjawab sendiri eh".
Sunyi jalan di Kampung Peruas.
Jam dah menunjukkan pukul 7.30 lebih,kawasan kampung peruas dah macam hutan yang sangat sangat sangat sangat gelap.Aku teruskan perjalanan,ikut arahan adik penghulu,dua rumah kosong,satu rumah rakyat.
Lepastu YES!jumpa!memang jumpa tapi sangat gelap.macam hutan,macam orang tu cakap rumah tu dalam semak.Aku parking depan rumah Makcik,lepastu tiba-tiba Makcik tu keluar,mungkin dia nampak lampu kereta aku,rumah Makcik tu hanya rumah kampung dan Makcik tu sangatlah tua.Aku bertanya tentang kes Mona Fandey,tapi Makcik atau nenek sebenarnya dia cakap "Makcik taktau apa-apa,masa kes tu jadi makcik dekat benta,seminggu lepastu baru makcik balik sini.Makcik tak berani nak cerita,taknak tambah-tambah.Memang rumah tu sebelah rumah makcik je,tapi makcik tak berani nak cerita apa-apa!".Tapi comel la Makcik ni sebab dia cerita dulu dia sekolah jepun.siap nyanyi lagu jepun lagi,maklumlah Makcik ni sebenarnya dah 80 ke atas tapi dia cakap dia muda lagi dan dia asyik ulang apa dia cakap dekat kawan-kawan aku.Aku tanya mesti ramai kan orang yang datang tanya pasal rumah Mona Fandey tu.Tapi Makcik tu cakap takde!awak sorang je!


Lata Jarum,tempat rekreasi.


Rumah rakyat.Nk dekat dah dengan rumah Mona Fandey


rumah makcik
Aku dan kawan aku decide nak jugak pergi ke sebelah rumah Makcik ni,nak tengok tempat kejadian.Yerp.memang sangat bahaya tempat tu,gelap gelita,pokok tinggi,curam sebab bawah tu ada sungai dan tanah disitu lembut makin kita turun ke bawah makin lembut,aku takut tanah jerlus je,mau ditelannya aku hidup-hidup.Aku cuba masuk ke dalam rumah itu,tapi,semak penuh kiri kanan.tak dinafikan kawasan tu besar.tapi sayang telah ditutupi dengan semak yang tinggi,macam mana aku nak masuk?



laluan ke rumah Mona fandey





Lepastu kawasan tu dipenuhi dengan tin-tin,aku syak mesti ramai mat pet melepak dekat situ dlu.Mungkin.Aku just sempat snap beberapa gambar sambil tunggu anak Makcik tu balik.Aku nasihatkan dekat korang kalau nak pergi tempat ni,atau kampung peruas,janganlah pergi waktu malam macam aku ni ha.serious sebab gelap sangat.Macam-Macam boleh jadi,Makcik tu siap pesan dekat aku "nak masuk camne?kang kena patuk ular!".Aku fikir keselamatan diri,jadi aku tak masuk.Dapat bayangkan tak?Semak yang setinggi ruamah setingkat?Penuh!





parking di rumah Makcik
Lepastu anak Makcik tu balik,Aku tanya dekat dia nama dia Kak Ri,"betul dik akak taktau nak cerita macam mana,akak baru je balik sini dek.akak tak berani nak cerita."Kak Ri cakap jangan masuk gambar dia dalam surat khabar sebab dia ingat aku wartawan dan dia cakap kalau nak tahu lebih lanjut tanya balai polis atau ketua kampung.Kak Ri sendiri tak berani cerita lebih-lebih dan dia cakap Mona Fandey pon dah selamat dikebumikan kan.Lepas dah puas hati dengan pengalaman dan dapat menjejakkan kaki ke kampung peruas,Raub,Lata jarum,dan kawasan pembunuhan, kami bercadang untuk pulang sahaja ke KL memandangkan ketua kampung pon tak ada.Tapi kalau korang nak datang sini,aku nak nasihatkan pergi siang dan jangan kacau Makcik dan Kak Ri eh?Boleh?Kalau nak kacau pon jangan sebut nama aku.


dan ada yang kata ayat terakhir Mona Fandey sebelum digantung adalah "AKU TAKKAN MATI"

Sumber: kak-limahku

Contact Form

Name

Email *

Message *