Kejam...!! Sempat Tetak Isteri Sampai Mati Dulu Sebelum Gantung Diri








Tetak Isteri Sampai Mati Sebelum Gantung Diri|Lelaki bertindak menetak isteri sehingga mati sebelum menggantung dirinya dalam kejadian di Taman Mesra Indah, Butterworth di sini, pada 4.45 petang ini.


Dalam kejadian itu, wanita warga Thailand dianggarkan lingkungan 30-an maut ditetak suaminya warga tempatan di hadapan pintu rumah mereka disini.


Difahamkan, mangsa ditetak beberapa kali di kepala dan badan oleh lelaki berkenaan sebelum mayatnya dibiarkan terlentang di atas penutup longkang.


Sumber berkata, suami mangsa masuk ke dalam rumah dan megunci pintu dari dalam dan membuka gas masak rumahnya.


Katanya, polis yang tiba di lokasi kejadian kemudian memecahkan pintu rumah sebelum menemui suspek yang sudah mati tergantung di kipas bilik tidur utama rumah.


Pihak bomba juga dipanggil ke lokasi kejadian bagi memastikan keadaan terkawal.








BACA LAGI

Contact Form

Name

Email *

Message *