PANAS!! Demi Watak Raja Ilya Sememangnya Tidak Kisah Dengan Tayang Perutnya...








Siapa yang tidak kenal dengan Raja Ilya. Pelakon wanita berdarah kacukan Melayu, Malaya, Arab dan Pakistan ini sememangnya mempunyai daya tarikan yang tersendiri dalam bidang lakonan.
Bagi pelakon Raja Ilya lakonan yang dibawa sememangnya penting. Malah dia menjelaskan perkara tersebut adalah lebih penting daripada kepuasan diri sendiri.
“Bagi saya, kepuasan pengarah, stesen televisyen dan penonton lebih penting daripada kepuasan sendiri. Kalau penonton suka saya bawa watak psiko contohnya, saya akan buat,” jelasnya.
PANAS! Demi Watak Raja Ilya Tak Kisah Tayang Perut
Melalui filem terbaru yang dibintanginya itu, dia membawakan watak seorang wanita Punjabi selain perlu memakai sari yang menyerlahkan perutnya. Pernah membawakan watak sedmikian sebelum ini, Raja Ilya seperti sudah biasa memakai sari.
“Tunjuk perut tak ada masalah. Sebab masa berlakon dalam filem Appalam arahan Afdlin Shauki, saya ada memakai sari. Memang trend sari India macam itu,” nyata Ilya yang turut akan berlakon bersama bintang Bollywood iaitu Kajol dalam filem tersebut.









 

Contact Form

Name

Email *

Message *